Thursday, December 17, 2009

Selamat Datang 1431 Hijriah


AndakMat2u.blogspot.com mengucapkan selamat menempuhi tahun baru 1431H yang pastinya terkandung berbagai ujian dan dugaan yang lebih mencabar berbanding tahun 1430 H yang kita tinggalkan. Disarankan agar kita semua jangan sekadar melepaskan hari2 semalam yang berlalu tanpa kita mengambil iktibar dan menjadi muhasabah khususnya bagi diri sendiri untuk hari2 yang bakal mendatang. Itulah konsep dan roh tahun baru hijrah yang seharusnya difahami oleh setiap individu muslim yang beriman dengan sebenar. Bukan sekadar membaca doa akhir tahun dan awal tahun (klik di sini untuk 'Hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun Hijrah) kemudian masih terus terpesona dengan dunia dan lalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sebenar. Berazamlah untuk menjadi insan yang lebih baik, semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat dari Allah

Sunday, December 13, 2009

Ari Aiman : Bila dah pandai berjalan........


Sejak pandai berjalan Ari Aiman asyik berjalan kecuali masa dia tidur.


<

Ari suka merayau-rayau di taman Mama sambil menyunting daun-daun dan bunga-bunga Mama.



Akhirnya pokok orkid Mama pun Ari cabut sekali....., apalagi, melaunglah mama........

Tuesday, December 1, 2009

Kisah Korban 1430H

Ahli Korban 1430H anjuran AndakMat2U



Lembu Korban 1430H AndakMat2U

Alhamdulillah tahun ini buat pertama kalinya Keluarga AndakMat2U diberi hidayah dan taufik oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban. Setelah melalui berbagai cabaran bermula dari nak kumpul duit sampailah nak mengagihkan daging korban akhirnya ibadah yang menjadi syiar bagi umat islam ini berjaya juga disempurnakan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang bertungkus lumus menjayakan ibadah korban ini. Semoga pada tahun2 mendatang kita terus berazam untuk melakukan ibadah korban kerana selain dari ianya ibadah sunat yang sangat dituntut, ia juga lambang ketaqwaan kepada Maha Pencipta dan juga menjadi syiar bagi umat islam.

Wednesday, November 18, 2009

Lokman dan Konvo Tadika Pintar Bistari

Lokman sedang menerima hadiah dari Penyelia Tadika Pintar Bistari

Walaupun hanya dapat no.2 dalam kelas, Papa dan mama tetap akan bagi hadiah istemewa buat Lokman. Selamat tinggal buat kawan2 dan guru2 yang telah mendidik Lokman. Selamat Tinggal Pintar Bistari. SRIT Taman Mawar!!!Tunggu kehadiran Lokman.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Berangkat Mak Unggal




Suasana di rumah Mak Unggal ketika dikunjungi oleh kaum keluarga di Muar yang diketuai oleh Tok De, Mak Long sekeluarga, Pak Ngah sekeluarga, Pok De sekeluarga, Pak Rashid dan Mak Ton seta jiran-jiran.

Monday, November 9, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji Pak Cik, Mak Cik dan Mak Unggal

Blog Andak Mat2U mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Pakcik dan Makcik serta Mak Unggal. Nampaknya termakbul juga doa Pak Cik dan Mak Cik untuk untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pada kesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf di atas segala dosa2 baik yang nampak atau yang tak nampak. Semoga Pak Cik dan Mak Cik selamat pergi dan selamat kembali dan mudah-mudahan dikurniakan dengan haji yang mabrur.

Friday, November 6, 2009

Selamat berumur 6 tahun!!!


Luqmanulhakeem dilahirkan pada 6 hb November 2003 dalam kereta Proton Wira no pendaftaran JDA6412 dalam perjalanan menuju ke Hospital Kota Tinggi tetapi terpaksa bertukar arah ke Hospital Sultanah Aminah,JB kerana dia telah 'terkeluar' lebih awal. Selepas kejadian 'terberanak' itu pemilik kereta iaitu Abg Ajim telah menjual kereta itu. Hmmm gaknya dah kaya raya orang yang beli kereta tu ekkk...

By the way...Kami sekeluarga berdoa Lokman diberi keberkatan umor yang panjang dan menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibubapanya ketika mereka sangat memerlukan.

Thursday, November 5, 2009

Tahniah Buat Muhid dan Aspa!

Kami dari Keluarga Andak Mat2U mengucapkan Tahniah kepada Muhid sekeluarga kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Najwan Rifqi. Marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran ke hadarat Illahi diatas anugerah ini dan berdoa semoga amanah Allah ini kita jaga sebaik mungkin.

Thursday, October 29, 2009

Mati itu Benar....

Jais MD(2 dari kanan) 13 Ogos 2008 ketika kami menghantar beliau di senai airport setelah mendapat pekerjaan baru di Madinah, KSA


Jais MD sahabat ana di Hospital Pakar Johor 6 jun 2009, Selepas disahkan mengidap kanser paru-paru

Almarhum Jais MD 26 Sept 2009 sedang disemadikan untuk bertemu dengan Maha Pencipta.


Kisah di atas adalah buat renungan kita bersama, tidak kira ibu ayah saudara mara atau sahabat handai samada mereka akan meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkan mereka, percayalah saat itu pasti tiba. Mereka2 yang telah meninggalkan kita sangat memerlukan 'sedekah' dari kita...oleh itu jangan lupa mengirimkan al fatihah @ pahala sedekah dan sebagainya semoga mereka ditempatkan bersama kumpulan orang2 yang soleh.... AL- FATIHAH




Wednesday, October 21, 2009

My Forgotten Uncle (But Not Anymore)



Photo from Blog Pak Al


ABDUL KAHAR BIN HAJI MOHAMAD

He is the most unpopular uncle (sorry to said that Pak Al) among the sons of Arwah Haji Mat Tuyu. But to those who know him will say that he is no different with others Arwah Haji Mat Tuyu sons. He likes to joke and has good sense of humor but a little bit lighter compared to Pak Anjang or Pak Ajak. In term of seriousness (face expression) I put him at number three behind Arwah Ayahlong (off course) and Pok De.

Pak Al is true KL citizen. I used to see him left home to work as early as seven o’clock in the morning and reach home just about Maghrib prayer. The same goes to Mak Al but she will reach home early to cook for the family.

The uncle title or nickname “Pak Al” was used to address his name among his nieces and nephews. Unlike others Arwah Mat Tuyu children with the title like ayah long, mak ngah, pak uda or pak usu, Pak Al don’t have that title. What is more interesting when Pak Al get married we all just call his wife Mak Al. For those who had many children you can use “al” as title name for second last child.

If my memory serves me well his early jobs was with KTM (correct me if I am wrong Pak Al) and later with Jabatan Perangkaan Negara.

I don’t know whether we all aware or not that Pak Al is the only Arwah Haji Mat Tuyu who is graduated from university. No wonder Pak Al is a very busy. He still study even he already had four children. That is why Pak Al seldom “balik kampong”. Only during major event like hari raya or wedding we can meet with Pak Al. Thanks God hari raya not fall once every five years, if not we have to wait five years to meet Pak Al.

If my memory serves me well his early jobs was with KTM (correct me if I am wrong Pak Al) and later with Jabatan Perangkaan Negara.

Beside Pok De, Pak Al also unofficial photographer for Mat2U family during his younger day but I had no idea where the all the photos went to. Family photo shot during hari raya if I not mistaken in 1980 was captured by Pak Al’s camera. I myself was very excited because it was first time I saw camera with self-timer. Pak Al is also a good musician. He used to be a bassist and later keyboardist with BSN’s band and travel all over the country to perform in BSN’s official function. We can see Pak Al still not loose his touch as a musician when he jammed with Pak Usu and Pak Anjang during Mashita’s wedding.

But I believe all cousins have same respect to Pak Al as others uncle. If Pak Al can spend a little bit more time at our kampong I believe you can share your experience and knowledge with us. Thank you Pak Al.

Thursday, October 15, 2009

Bapa Saudaraku Yang Banyak Berjasa

Mazlan Bin Haji Mohamed @ Ayahlong

Ayahlong adalah bapa saudaraku yang paling garang. Itulah yang aku tahu masa aku mula-mula aku kenal siapa itu ayahlong. Rasanya genetik daripada Tok Abah yang memang terkenal garangnya. Sifat garang Ayahlong itu telah disalahguna terutamanya Mak Ngah untuk menakut-nakutkan anak-anak saudara terutamanya Nyai.

Walaupun garang, bila Ayahlong pelawa aku untuk tidur di rumahnya (masa tu kat Kompleks Penghulu, Bakri Batu 5) aku ikut juga. Pengalaman pertama tidur di rumah Ayahlong ialah sebenarnya tak boleh tidur sebab Ayahlong berdengkur, masyaallah kuatnya. Aku tanya Mak Long, boleh ke tidur dengan Ayahlong? Mak Long kata dah biasa.

Biasanya kalau ikut Ayahlong mesti ada kerja yang kena buat. Aku pernah ikut pergi cucuk ayam, tengok Ayahlong seluk bontot lembu, tanam sayur kat Kompleks, bersihkan dusun durian dan macam-macam lagi. Tapi satu lagi sifat yang diwarisi daripada Tok Abah ialah kalau kena buat kerja mesti dapat makan sedap-sedap. Masa tu apa sahaja pun sedap. Masa tu kalau pergi rumah Ayahlong selalu ada lauk ayam. Ayahlong kata kalau kat rumah Ayahlong kalau makan lauk ayam maknanya Ayahlong tak ada duit.

Satu lagi pengalaman menarik aku dengan Ayahlong semasa aku lepas SPM tahun 1987. Ayahlong ajak aku pergi ke Pontian. Ayahlong memang ada ramai kenalan di Pontian dan dia juga disegani oleh kenalannya. Waktu petang selepas ziarah kenalannya Ayahlong ajak aku makan seafood di Kukup. Aku tengok semua restoran kat situ restoran Cina tapi Ayahlong macam tahu je aku ni was-was. Sini semua halal, kata Ayahlong. Jabatan Agama Islam dah sahkan, katanya lagi. Kemudian Ayahlong order mee goring (macam mee lecak) dan udang goring. Apabila makanan dihidang, aku cakap banyaknya. Mee dan udang dihidang dalam dua pinggan hidang. Walaupun Ayahlong gemuk dia makan tak banyak. Aku rasa Ayahlong cuma makan dua ekor udang aje, yang lain (dalam 10 ekor aku belasah). Lepas tu makan mee pulak. Perrrgh…. kenyang.

Semakin Ayahlong meningkat usianya, ayahlong semakin kurang garangnya tetapi semakin sensitif. Aku pernah tengok Ayahlong merajuk sambil menangis apabila Mak Ngah menegur Ayahlong supaya menjaga kesihatan dan jangan makan daging berlebihan. Orang semua sayangkan abang, kata Mak Ngah. Ayahlong pun cakap, biar mati, makan jangan mati tak makan.

Ayahlong pernah bercerita kepadaku yang Ayahlong mula bekerja ketika berusia 12 tahun kerana mahu membantu Tok Abah. Selama bertahun-tahun Ayahlong telah membantu Tok Abah rasanya saya tak pernah dengar Ayahlong mengungkit tentang sumbangannya itu. Dan satu lagi jasanya terutama kepada Pak Jak ialah dengan menjodohkan Pak Jak dan Mak Jak.

Saya rasa selain daripada Pok Su, Allahyarham Mazlan Bin Haji Mohamad juga layak kita anugerahkan dengan anugerah yang sepatutnya. Al-Fatihah……

Catatan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya bersama Ayahlong. Mungkin ada lagi pengalaman yang lebih menarik beliau tetapi tidak terlintas diingatan diketika ini. Mungkin anak-anak saudara yang lain boleh berkongsi kenangan ketika bersama Ayahlong suatu masa dahulu.


foto dari blog Pokde

Tuesday, October 13, 2009

Bertandang ke BBU,JB

2.45 pm : Rombongan pengantin perempuan sampai di depan rumah pengantin lelaki


3.00 pm : Sebahagian daripada ahli rombongan pihak perempuan


5.00 pm : Rombongan Marhaban Keluarga Mat2U meninggalkan rumah ijam untuk menuju rumah ajim

Monday, October 12, 2009

Majlis 'Potong Jambul' Muhammad

Muhammad bersiap sedia untuk dipotong jambulnya

Ummu Muhammad, Kak Anom dan Ina Latif sedang 'menjaja' Muhammad kepada Geng Marhaban

Majlis Potong Jambul yang berlangsung pada 3 oktober 2009 di rumah Pakcik Matar bersempena majlis perkawhwinan Mashitah-Syed. Terima Kasih kepada Pak Cik Sekeluarga yang sudi memberi 'slot' majlis potong jambul ini.

Thursday, October 8, 2009

Ultraman Berjaya Akhirnya

inilah Ultraman yang memenangi pertandingan Superhero Sedunia. Selepas beberapa kali menyertai pertandingan dan tak pernah menang akhirnya Ultraman pun menang.

Wednesday, September 30, 2009

Already 35 years!!!


Semalam, 29/09/2009....umur bapak anep mencecah 35 thn. Bapak anep kata kalau ikut umur nabi SAW...tinggal baki lebihkurang 28 tahun atau 10,220 hari je lagi nak 'balik ke sana'. Itu kalau merujuk kepada umur Nabi SAW, Tapi kalau Allah nak panggil balik tak kira bila-bila masa. So apa yang penting sebagai bekalan untuk dibawa 'ke sana' ialah amal soleh sebanyak mungkin seiring dengan umur yang semakin banyak. Semakin banyak umur, semakin dekat kita dengan kubur. Wallahua'lam

Monday, September 28, 2009

Pak Andak beri Duit Raya

Setiap kali menyambut hari raya inilah acara yang ditunggu oleh cucu-cucu Pak Andak dan Mak Andak. Selain makan ketupat, lodeh, rendang dan lain-lainnya pemberian duit raya daripada Tok Bah memang dinanti-nantikan. Terima kasih Tok Bah, semoga Tok Bah akan ditambah rezeki lagi......

Pak Andak beri Duit Raya

Setiap kali menyambut hari raya inilah acara yn

Friday, September 18, 2009

Baju Raya Yang Bergaya

Inilah baju raya "low budget" yang akan kami pakai pada malam hari Majlis Rumah Terbuka Puan Hajah Tok De nanti. Baju melayu warna ungu dengan lining warna emas berjenama Charlie dibeli sebelum hari raya tahun lepas 2008 dengan harga RM50. Manakala baju kurung berlabuci Kak Anom dibeli dari Butik Jakel dengan harga RM35 sahaja. Anak-anak pula memakai pakaian gaya bebas..... baju kurung dan baju melayu juga. Bukan apa, cuma nak provoke kat orang lain supaya memakai baju raya secantik baju raya kami. Disamping itu juga dapatlah pengadil pertandingan baju cantik menilai baju kami dulu. Tak payah nak pilih-pilih lagi.... Sekian, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga Mat 2 U, Semoga lebaran ini menambahkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Maaf Zahir dan Batin. Memandu dengan selamat tidak kira ke mana jua destinasi anda. Semoga kita dapat berjumpa di hari lebaran nanti

Dari Ijam sekeluarga

Tuesday, September 15, 2009

Muka-muka tak posa 2009


Dari kiri Haziq,Nadhirah,Muhammad.



Kata Nadhirah selaku jurucakap kumpulan ini..."Jangan la potong duit raya kami...kalau tak dapat duit raya, kami nak beraya satu Felda Adela...orang lain tak bole ikut...."