Friday, September 18, 2009
Baju Raya Yang Bergaya
Inilah baju raya "low budget" yang akan kami pakai pada malam hari Majlis Rumah Terbuka Puan Hajah Tok De nanti. Baju melayu warna ungu dengan lining warna emas berjenama Charlie dibeli sebelum hari raya tahun lepas 2008 dengan harga RM50. Manakala baju kurung berlabuci Kak Anom dibeli dari Butik Jakel dengan harga RM35 sahaja. Anak-anak pula memakai pakaian gaya bebas..... baju kurung dan baju melayu juga. Bukan apa, cuma nak provoke kat orang lain supaya memakai baju raya secantik baju raya kami. Disamping itu juga dapatlah pengadil pertandingan baju cantik menilai baju kami dulu. Tak payah nak pilih-pilih lagi.... Sekian, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment