Showing posts with label ijam. Show all posts
Showing posts with label ijam. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Pembedahan Hidung (Resdung)

Setelah bertahun-tahun menghidap selsema, bersin awal pagi dan kadang2 sesak nafas akhirnya semua persoalan terjawab apabila Hanif Nadzmi disahkan menghidap penyakit resdung yang memerlukan kepada pembedahan untuk membuang sebahagian tisu hidungnya yang menyebabkan saluran pernafasannya menyempit. Kebetulan pada masa yang sama tonsilnya juga bermasalah dan doktor menasihatkan agar pembedahan membuang tonsil yang membengkak juga dilakukan. Pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu Alhamdulillah berjaya dilakukan dengan selamat berkat doa semua pihak. Terima Kasih diucapkan .
Berdebar-debar menanti saat pembedahan

Tolong senyap!!!Pembedahan sedang dijalankan


Inilah hasilnya...sakit dan sedih. Maaf tak dapat menyambut tahun baru cina di Muar.

Monday, June 29, 2009

TRANSFORMERS-Revenge of Nadirah

Fatin Nadirah(anak bongsu pasangan Ijam & Ita) bersama-sama abang2nya Hanif(transformed to Optimus Prime) dan Lokman (transformed to Bumblee Bee) bersiap sedia untuk menyerang Decepticon and the gang di Pawagam Pelangi Leisure mall. Hail Autobots!!!!!

Monday, June 22, 2009

NOTIS PERTUKARAN NAMA BLOG

Setelah mengambil kira kepentingan bersama, maka dengan ini pihak moderator secara rasminya mengumumkan nama baru bagi blog keluarga Pak andak iaitu ANDAK MAT2U bagi menggantikan nama lamanya WARIS MAT2U. Pertukaran ini hanya melibatkan nama blog sahaja tanpa ada perubahan pada isi klandungan dan matlamat blog ini. Sehubungan dengan itu, pihak moderator mengucapkan terima kasih di atas komen dan nasihat dari pengunjung2 blog ini. Sekian untuk makluman, terima kasih.