Saturday, September 12, 2009

Cucu perempuan Pak Andak & Mak Andak


Cucu Pak Andak yang ini namanya Sufiah Zaharah. Sudah darjah satu sekarang ni. Buat masa ni Pak Andak hanya ada 2 orang cucu perempuan, seorang lagi Fatin Nadira, 3 tahun. Ini foto yang dirakamkan sebelum Ramadan 2009. Kalau nak tahu bagaimana ke rupanya selepas Ramadan, tunggulah posting dibulan Syawal. Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang pertama buat Kakak, tapi hari pertama sudah kantul kat rumah Pak Andak. Tak tahan godaan daripada Fatin Nadira. Tetapi masuk hari kedua hinggalah ke hari ini masih belum ponteng lagi.

1 comment:

  1. aikk....salahkan fatin nampak....
    Dia tu yang tak tahan godaan...
    Last2 dengan lokman sekali kantoiiii...
    good expirience for the beginner...
    selamat ber'lailatulqadr'...

    ReplyDelete