Monday, June 29, 2009

TRANSFORMERS-Revenge of Nadirah

Fatin Nadirah(anak bongsu pasangan Ijam & Ita) bersama-sama abang2nya Hanif(transformed to Optimus Prime) dan Lokman (transformed to Bumblee Bee) bersiap sedia untuk menyerang Decepticon and the gang di Pawagam Pelangi Leisure mall. Hail Autobots!!!!!

Sunday, June 28, 2009

Dulu, kini, selamanya

Ketika aku menunjukkan foto lama ini pada Pak Andak, spontan dia berkata "Abah dulu lawa". Ya memang betul! jika diamati betul2 memang ada kebenaran kata2 beliau tu. Kehenseman beliau memang terserlah walaupun foto ini ini telah berusia hampir 40 tahun dan sehingga kini ikatan perkahwinan ini masih kekal utuh dengan masing-masing dikurniakan 5 orang anak dan 9 orang cucu. Semoga Allah sentiasa memberkati ikatan suami isteri ini sehingga ke akhir hayat.


Pak Andak dan Mak Andak bersama cucunya yang paling baru (cucu ke 9). Ketika di tanya bila nak naik haji...Mak Andak kata dia dah cukup duit tapi Pak Andak pulak akaun tabung haji pun belum buat lagi. So kepada anak2 Pak Andak apa lagi? cepat-cepatlah kumpulkan duit untuk korang punya bapak ni....Apa guna kereta besar & rumah lawa tapi tak boleh hantar mak bapak gi mekah! Takkan nak buatkan haji Badal kot...nanti baru nak menyesal....

Monday, June 22, 2009

NOTIS PERTUKARAN NAMA BLOG

Setelah mengambil kira kepentingan bersama, maka dengan ini pihak moderator secara rasminya mengumumkan nama baru bagi blog keluarga Pak andak iaitu ANDAK MAT2U bagi menggantikan nama lamanya WARIS MAT2U. Pertukaran ini hanya melibatkan nama blog sahaja tanpa ada perubahan pada isi klandungan dan matlamat blog ini. Sehubungan dengan itu, pihak moderator mengucapkan terima kasih di atas komen dan nasihat dari pengunjung2 blog ini. Sekian untuk makluman, terima kasih.

Ceplos mandi laut

Pak Andak & crew



Gambar Pak Andak sekeluarga ketika sambutan Aidilfitiri 2008. Abang Apis sekeluarga tidak kelihatan dalam foto diatas kerana tak dapat berhari raya bersama kami. Kesian Kak Anom kerana tak dapat beraya dengan pak ngan mak mertua...

Saturday, June 20, 2009

Cucu Tok Andak yang ke 9


Tanggal 27 April 2009 yang lalu telah selamat dilahirkan seorang bayi seberat 3.2 kg di Hospital Kota Tinggi. Bayi kepada pasangan Dahlia Azhar dan Jai(ntah apa nama penuh dia...tak ingat la) merupakan anak ke 2 mereka (Abangnya bernama Wafy berumur 2 tahun) dan juga cucu Tok Andak yang ke 9. Bayi yang diberi nama Muhammad Haziq yang kini hampir berusia 2 bulan menjadi cucu kesayangan Tok Andak sebab dia selalu 'lepak' denga Tok Andak.

Apa Khabar Orang Kampung


Assalamualaikum wbt. Setelah melihat kemeriahan kaum kerabat memanfaatkan teknologi yang ada, maka saya sebagai moderator blog WARIS MAT2U merasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi cerita, maklumat dan kisah suka duka kehidupan untuk tatapan khususnya saudara mara dan kaum kerabat tidak kira jauh maupun dekat, semoga ruang yang ada ini kita manfaatkan sepenuhnya agar hubungan kekeluargaan kita terus terjalin.

Blog WARIS MAT2U ini masih dalam proses penambahbaikan, buat masa ini ianya sekadar mengumumkan kewujudannya. Pasti ramai yang tertanya2 mengapa foto di atas menjadi pilihan moderator sebagai muqaddimah pelancaran blog ini...Jawapanya ada dalam renungan mata mereka bertiga.

Wassalam