Sunday, April 9, 2017

Restoran Beriani Mat2U

Kepada penggemar nasi beriani gam terutama yang suka akan masakan beriani oleh tukang masak utama iaitu Pak Ngah Azhar bin Haji Mohamad, kini anda boleh menikmati hidangan tersebut di Restoran Beriani Mat2U.

Restoran Beriani Mat2U terletak di Jalan Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, Masai telah beroperasi sejak bulan September 2015. Restoran ini menghidangkan nasi beriani gam sebagai hidangan utama dengan lauk yang menjadi pilihan ramai pelanggan iaitu beriani kambing dan beriani ayam.

Restoran Beriani Mat2U dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan tutup pada hari Jumaat.

Monday, May 12, 2014

Meraikan Ibu Tersayang


Ketika dunia sibuk menyambut Hari Ibu pada minggu kedua bulai Mei setiap tahun kami adik beradik akan cuba untuk menggembirakan ibu kami setiap masa. Tanpa mengira masa atau hari selagi kami dapat menggembirakan ibu kami akan lakukan semampu boleh. Terima kasih kepada Abu Hanif yang sering membawa emak dan abah untuk berjalan-jalan dan melancung tanpa rasa jemu. Bila saya sekeluarga mempunyai kelapangan masa dan kewangan pun akan turut serta.

Terbaru pada 22 dan 23 Mac 2014 yang lalu kami telah pergi ke a Famosa dan bergembira di sana. Sayang sekali abah dan adik-beradik yang lain tidak dapat bersama. Mungkin dilain kesempatan kita akan dapat melancung bersama-sama.

Semoga Abu Hanif diberkati Allah dan dapat menganjurkan lagi percutian keluarga dimasa akan datang.

Marilah kita berdoa untuk ibu bapa kita.....

Friday, March 28, 2014

Kawan Baik

Kawan baik.... kalau dapat berjumpa ada je konspirasi dia orang berdua ni....

Apakah Perlu Begini......

Sudah menjadi lumrah untuk kita apabila pergi melancung akan membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan. Antara yang paling digemari ialah "key chain" dan t shirt yang memaparkan nama tempat yang kita kunjungi. Bagi sesetengah orang akan berasa amat berbangga jika dapat memiliki t shirt yang memaparkan nama dan pusat hiburan yang terkenal apatah lagi dapat mengunjunginya.
Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa selain menjadi papan iklan bergerak untuk pusat hiburan tersebut secara percuma, mereka juga menjadi rakan syubhah kerana mempromosikan pusat hiburan tersebut.
Umum mengetahui pusat hiburan tersebut banyak terdapat hiburan berbentuk muzik yang melekakan, minuman yang mengkhayalkan dan berbagai perkara yang sia-sia. Pendek kata lebih menjurus kepada dosa daripada pahala.
Berpakaian dengan pakaian yang sesuai kerana menutup aurat itu wajib dan lebih baik lagi jika dapat mengikut sunnah Rasulullah. Pastikan mesej yang dipaparkan dipakaian (jika ada) kita tidak menyakiti perasaan orang lain, melanggar undang-undang apatah lagi menyalahi syariat Islam.



Wednesday, November 7, 2012

Utamakan Umat Islam

Assalamualaikum.... Dalam satu kuliah agama yang saya ikuti, tuan guru telah berpesan agar kita mengutamakan kedai-kedai yang dimiliki oleh orang Islam terutama apabila membeli barang-barang runcit ataupun keperluan harian. Dengan membelanjakan pendapatan kita untuk membeli barangan halal daripada perniagaan orang Islam tentulah akan menghilangkan perasaan was-was. Mungkin harga barang-barang dikedai-kedai orang Islam sedikit tinggi daripada kedai-kedai milik bukan Islam sekurang-kurangnya jika peniaga umat Islam itu mendapat keuntungan dan kekayaan ia adalah daripada sumbangan kita umat Islam sendiri. Mungkin berkat daripada rezeki kita yang halal yang kita belanjakan diperniagaan umat Islam, peniaga umat Islam yang berjaya tidak lupa untuk mengeluarkan zakat perniagaan atau dapat mengumpulkan wang untuk mengerjakan haji dan sebagainya. Sekurang-kurangnya amal dan jariah yang dilakukan oleh peniaga umat Islam adalah rantaian daripada rezeki kita. Pastinya kita akan sama-sama mendapat pahala. Mungkin apa yang saya sampaikan tidak setepat seperti apa yang disampaikan oleh tuan guru jika ada kesilapan harap ditegur dan dimaafkan. Wallahua'lam.