Friday, March 28, 2014

Apakah Perlu Begini......

Sudah menjadi lumrah untuk kita apabila pergi melancung akan membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan. Antara yang paling digemari ialah "key chain" dan t shirt yang memaparkan nama tempat yang kita kunjungi. Bagi sesetengah orang akan berasa amat berbangga jika dapat memiliki t shirt yang memaparkan nama dan pusat hiburan yang terkenal apatah lagi dapat mengunjunginya.
Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa selain menjadi papan iklan bergerak untuk pusat hiburan tersebut secara percuma, mereka juga menjadi rakan syubhah kerana mempromosikan pusat hiburan tersebut.
Umum mengetahui pusat hiburan tersebut banyak terdapat hiburan berbentuk muzik yang melekakan, minuman yang mengkhayalkan dan berbagai perkara yang sia-sia. Pendek kata lebih menjurus kepada dosa daripada pahala.
Berpakaian dengan pakaian yang sesuai kerana menutup aurat itu wajib dan lebih baik lagi jika dapat mengikut sunnah Rasulullah. Pastikan mesej yang dipaparkan dipakaian (jika ada) kita tidak menyakiti perasaan orang lain, melanggar undang-undang apatah lagi menyalahi syariat Islam.



No comments:

Post a Comment