Monday, May 12, 2014

Meraikan Ibu Tersayang


Ketika dunia sibuk menyambut Hari Ibu pada minggu kedua bulai Mei setiap tahun kami adik beradik akan cuba untuk menggembirakan ibu kami setiap masa. Tanpa mengira masa atau hari selagi kami dapat menggembirakan ibu kami akan lakukan semampu boleh. Terima kasih kepada Abu Hanif yang sering membawa emak dan abah untuk berjalan-jalan dan melancung tanpa rasa jemu. Bila saya sekeluarga mempunyai kelapangan masa dan kewangan pun akan turut serta.

Terbaru pada 22 dan 23 Mac 2014 yang lalu kami telah pergi ke a Famosa dan bergembira di sana. Sayang sekali abah dan adik-beradik yang lain tidak dapat bersama. Mungkin dilain kesempatan kita akan dapat melancung bersama-sama.

Semoga Abu Hanif diberkati Allah dan dapat menganjurkan lagi percutian keluarga dimasa akan datang.

Marilah kita berdoa untuk ibu bapa kita.....

Friday, March 28, 2014

Kawan Baik

Kawan baik.... kalau dapat berjumpa ada je konspirasi dia orang berdua ni....

Apakah Perlu Begini......

Sudah menjadi lumrah untuk kita apabila pergi melancung akan membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan. Antara yang paling digemari ialah "key chain" dan t shirt yang memaparkan nama tempat yang kita kunjungi. Bagi sesetengah orang akan berasa amat berbangga jika dapat memiliki t shirt yang memaparkan nama dan pusat hiburan yang terkenal apatah lagi dapat mengunjunginya.
Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa selain menjadi papan iklan bergerak untuk pusat hiburan tersebut secara percuma, mereka juga menjadi rakan syubhah kerana mempromosikan pusat hiburan tersebut.
Umum mengetahui pusat hiburan tersebut banyak terdapat hiburan berbentuk muzik yang melekakan, minuman yang mengkhayalkan dan berbagai perkara yang sia-sia. Pendek kata lebih menjurus kepada dosa daripada pahala.
Berpakaian dengan pakaian yang sesuai kerana menutup aurat itu wajib dan lebih baik lagi jika dapat mengikut sunnah Rasulullah. Pastikan mesej yang dipaparkan dipakaian (jika ada) kita tidak menyakiti perasaan orang lain, melanggar undang-undang apatah lagi menyalahi syariat Islam.