Semalam, 29/09/2009....umur bapak anep mencecah 35 thn. Bapak anep kata kalau ikut umur nabi SAW...tinggal baki lebihkurang 28 tahun atau 10,220 hari je lagi nak 'balik ke sana'. Itu kalau merujuk kepada umur Nabi SAW, Tapi kalau Allah nak panggil balik tak kira bila-bila masa. So apa yang penting sebagai bekalan untuk dibawa 'ke sana' ialah amal soleh sebanyak mungkin seiring dengan umur yang semakin banyak. Semakin banyak umur, semakin dekat kita dengan kubur. Wallahua'lam
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Pak Andak beri Duit Raya
Setiap kali menyambut hari raya inilah acara yang ditunggu oleh cucu-cucu Pak Andak dan Mak Andak. Selain makan ketupat, lodeh, rendang dan lain-lainnya pemberian duit raya daripada Tok Bah memang dinanti-nantikan. Terima kasih Tok Bah, semoga Tok Bah akan ditambah rezeki lagi......
Labels:
Pak Andak
Friday, September 18, 2009
Baju Raya Yang Bergaya
Inilah baju raya "low budget" yang akan kami pakai pada malam hari Majlis Rumah Terbuka Puan Hajah Tok De nanti. Baju melayu warna ungu dengan lining warna emas berjenama Charlie dibeli sebelum hari raya tahun lepas 2008 dengan harga RM50. Manakala baju kurung berlabuci Kak Anom dibeli dari Butik Jakel dengan harga RM35 sahaja. Anak-anak pula memakai pakaian gaya bebas..... baju kurung dan baju melayu juga. Bukan apa, cuma nak provoke kat orang lain supaya memakai baju raya secantik baju raya kami. Disamping itu juga dapatlah pengadil pertandingan baju cantik menilai baju kami dulu. Tak payah nak pilih-pilih lagi.... Sekian, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Thursday, September 17, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Muka-muka tak posa 2009
Dari kiri Haziq,Nadhirah,Muhammad.
Kata Nadhirah selaku jurucakap kumpulan ini..."Jangan la potong duit raya kami...kalau tak dapat duit raya, kami nak beraya satu Felda Adela...orang lain tak bole ikut...."
Kata Nadhirah selaku jurucakap kumpulan ini..."Jangan la potong duit raya kami...kalau tak dapat duit raya, kami nak beraya satu Felda Adela...orang lain tak bole ikut...."
Sunday, September 13, 2009
Saturday, September 12, 2009
Cucu perempuan Pak Andak & Mak Andak
Cucu Pak Andak yang ini namanya Sufiah Zaharah. Sudah darjah satu sekarang ni. Buat masa ni Pak Andak hanya ada 2 orang cucu perempuan, seorang lagi Fatin Nadira, 3 tahun. Ini foto yang dirakamkan sebelum Ramadan 2009. Kalau nak tahu bagaimana ke rupanya selepas Ramadan, tunggulah posting dibulan Syawal. Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang pertama buat Kakak, tapi hari pertama sudah kantul kat rumah Pak Andak. Tak tahan godaan daripada Fatin Nadira. Tetapi masuk hari kedua hinggalah ke hari ini masih belum ponteng lagi.
Friday, September 11, 2009
Ya Habibi! Ya Muhammad!
Ketika ditanya oleh pegawai pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara "Muhammad jer ke?...Anak2 yang lain semua namanya panjang2?" Saya jawab...sebab saya nak orang panggil anak saya dengan panggilan 'Muhammad'. Pangkal nama saya Mohd jugak...tapi orang lebih suka panggil Nizam...so untuk memuliakan nama Muhammad itu saya namakan anak saya MUHAMMAD. Walaupun bini saya macam tak puas hati sebab nama tu tak glamer, saya kata...sapa kata tak glamer malah lebih mulia...sehingga dalam solat kita pun kita wajib berselawat kepada nama yang mulia ini...kalau tak...tak sah solat! Sekarang tanggunggjawab kita mendidik anak ini menjadi insan yang semulia namanya...amin.
Friday, September 4, 2009
Senarai Ahli Keluarga Pak Andak
- Azhar Bin Haji Mohamad (18.08.1945)
- Siti Zaharah Binti Khamis (03.04.1948)
Mohd Hafiz Bin Azhar (20.08.1970) Raihanom Binti Abdul Rahman (27.07.1974)
Mohd Lazim Bin Azhar (25.02.1972) Amelia Tee Binti Abdullah (15.09.1971)
Mohd Nizam Bin Azhar (29.09.1974) Rozita Binti Rosdi (29.10.1979)
Norriha Binti Azhar (19.07.1976) Shahrulnizam Bin Selamat (06.08.1975)
Dahlia Binti Azhar (09.11.1982) Mohamad Zaidi Bin Md Ayub (14.03.1976)
Cucu-cucu....
Hanif Nazmi Bin Mohd Nizam (21.08.2002)
Sufiah Zaharah Binti Mohd Hafiz (20.12.2002)
Lukmanulhakeem Bin Mohd Nizam (2003)
Amir Hafizi Bin Mohd Hafiz (17.02.2004)
Fatin Nadirah Binti Mohd Nizam
Muhammad Wafiey Bin Mohamad Zaidi
Muhammad Deniz Aydin Bin Mohd Lazim (2008)
Ari Aiman Hafizi Bin Mohd Hafiz (24.07.2008)
Muhammad Hazieq Bin Mohamad Zaidi (2009)
Muhammad Bin Mohd Nizam (31.08.2009) dan
Insyaallah, akan bertambah........
Labels:
Pak Andak
Subscribe to:
Posts (Atom)