Thursday, August 27, 2009

Beramal Yang Penat


Salah satu perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah perbuatan mengumpat. Amatlah malang bagi orang yang mengumpat terutamanya ketika sedang berpuasa kerana ditakuti puasanya hanya tinggal lapar dan dahaga.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Klik sini untuk tazkirah penuh Ustaz Muhammad Roslan.

So kepada seluruh keluarga Mat2U yang sedang menjalani ibadah berpuasa, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara maksiat di bulan yang mulia ini. Jangan kita buat amal ibadat tapi penat jer yang kita dapat, sebab perkara-perkara yang membatalkan puasa tu jelas, tapi yang membatalkan pahala puasa tu yang payah sikit nak jaga.

No comments:

Post a Comment