Monday, August 31, 2009
Tanggal 31 Ogos 2009, tepat jam 3.35 pagi seorang bayi lelaki seberat 3.1 kg telah selamat dilahirkan oleh ibunya Puan Rozita Rosdi bertempat di Hospital Sultan Ismail,JB. Tahniah kepada Pak Andak dan Mak Andak kerana dikurniakan cucu yang ke sepuluh...Dengar cerita cucu yang ke 11 bakal hadir tak lama lagi....Insyaallah.
Cucu Baru Pak Andak(berita tak rasmi)
Menantu Pak Andak yang ketiga diberitakan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki diawal pagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52. Butir-butir lanjut belum diketahui. Berita dan pengumuman rasmi dijangka akan diumumkan oleh suami kepada menantu Pak Andak sendiri iaitu bapa kepada anak yang baru dilahirkan yang tak lain dan tak bukan ialah Ijam. Semoga Allah S.W.T. memberi selamat kepada ahli keluarga yang baru lahir dan juga ibunya.
Thursday, August 27, 2009
Beramal Yang Penat
Salah satu perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah perbuatan mengumpat. Amatlah malang bagi orang yang mengumpat terutamanya ketika sedang berpuasa kerana ditakuti puasanya hanya tinggal lapar dan dahaga.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Klik sini untuk tazkirah penuh Ustaz Muhammad Roslan.
So kepada seluruh keluarga Mat2U yang sedang menjalani ibadah berpuasa, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara maksiat di bulan yang mulia ini. Jangan kita buat amal ibadat tapi penat jer yang kita dapat, sebab perkara-perkara yang membatalkan puasa tu jelas, tapi yang membatalkan pahala puasa tu yang payah sikit nak jaga.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Klik sini untuk tazkirah penuh Ustaz Muhammad Roslan.
So kepada seluruh keluarga Mat2U yang sedang menjalani ibadah berpuasa, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara maksiat di bulan yang mulia ini. Jangan kita buat amal ibadat tapi penat jer yang kita dapat, sebab perkara-perkara yang membatalkan puasa tu jelas, tapi yang membatalkan pahala puasa tu yang payah sikit nak jaga.
Sunday, August 23, 2009
Sambutan ! Ramadhan 1430H
Satu majlis perhimpunan keluarga peringkat Andak Mat2U telah diadakan dirumah Pak Andak pada 1 Ramadhan 1430H. Majlis yang dihadiri semua anak cucu Pak Andak kecuali Riha dan suami itu juga sempena menyambut majlis hari jadi Pak Andak, Abg Apis dan Hanif Nadzmi. Ternyata Pak Andak sangat gembira dengan kepulangan anak, menantu dan cucu-cucunya yang semakin hari semakin bertambah itu.
Tuesday, August 18, 2009
Selamat beumur 64 tahun!!!
To our beloved grandfather....Kami cucu-cucu sekalian berdoa semoga pada usia 64 tahun ini atok diberikan kesihatan yang baik dan keberkatan umur yang panjang.....amin. Tok bah memang best!!!
Saturday, August 15, 2009
Tinggalkan Perdebatan
Maka telah berkata guru kami Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman.....
Sifat manusia yang suka kepada perbalahan diwarisi sejak zaman berzaman. Semenjak zaman Habil dan Qabil pertengkaran telah wujud kerana merebut seorang wanita. Bahkan lebih awal daripada itu apabila iblis -semoga Allah melaknatinya- mengisytiharkan perbalahan dengan Adam a.s. Islam agama yang cintakan keamanan dalam semua aspek. Menekankan persoalan persaudaran sebagai tonggak dan asas utama. Persaudaraan yang dibina mestilah dengan tali allah yang tidak akan putus selama-lamanya. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 113.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Mengelakkan perbalahan walaupun berada dipihak yang benar merupakan satu kemulian dan akhlak yang cukup tinggi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Perbalahan hanya melahirkan sifat sombong dan kedengkian yang berpanjangan. Amat malang kalau ajaran agama yang bersifat penyatuan menjadi sebab perbalahan yang memutuskan ukhuwwah yang sudah sedia terjalin dengan keimanan kepada Allah. Adakah kita sanggup berbalah pada perkara-perkara yang bersifat cabang (furu') seperti masalah zikir selepas solat, doa, membaca talqin dan hal-hal yang lain?
Abu Umamah Al-Bahili meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w bersabda:
Aku menjadi penjamin bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun dia dipihak yang benar dengan istana di dalam syurga. Dan aku juga menjamin istana di syurga kepada orang meninggalkan pembohongan walaupun dalam gurauan. Dan penjamin istana di syurga bagi orang yang baik akhlaknya. (Riwayat Abu Daud)
Apakah belum sampai masanya untuk kita mencari titik bersefahaman dan penyatuan yang mulia ini. Ya Allah! Permudahkan urusan umat ini. Amin
Wednesday, August 12, 2009
Petua untuk Hati
www.iLuvislam.com
oleh: kertas_putih
www.iLuvislam.com
oleh: kertas_putih
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
- wallahualam -
Monday, August 10, 2009
Jangan Tiru Aksi Ini!!!
Bermain bola di tengah-tengah jalan raya sambil mengendong anak boleh membahayakan nyawa pemandu-pemandu kenderaan yang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada golongan ini. Persoalannya kenapa menggunakan jalanraya sebagai 'training ground'? Mungkin keadaan padang yang ditumbuhi lalang setinggi 1 meter menjadi punca mereka terpaksa turun ke jalan raya bukan sekadar berlatih main bola tapi berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati terhadap sikap PBT yang gagal menyediakan padang yang sesuai untuk mereka bermain.
Sunday, August 9, 2009
Mohd Wafi bin Jai
Nama saya Wafi, umur 2 tahun, Cucu Tok Andak dari pasangan Dahlia dan Jai. Saya ada seorang adik namanya Haziq, berumur lebih kurang 4 bulan. Adik saya kuat nangis sebab dia suka kencing dan berak dalam seluar...he..he..he...
Atok abah selalu bawak saya jalan2 naik moto...dia selalu belikan saya jajan...atok abah memang best...saya sayang sangat kat atok.
Subscribe to:
Posts (Atom)