Thursday, September 2, 2010

Jom celebrate!!!

Selepas 22 hari berpuasa cucu2 Tok Andak ni (not including Muhammad) telah berjaya menjalani ibadah puasa dengan baik tanpa satu hari pun ponteng. Tahun ini merupakan tahun pertama Fatin (so far) telah berjaya menahan lapar dan dahaga sejak dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Walaupun pada permulaan Ramadhan berbagai rintangan melanda akhirnya alah bisa tegal biasa...itupun setelah dijanjikan dengan sedikit imbuhan...dan cara ini sangat berkesan kalau nak melatih anak cucu berpuasa....Nampaknya lepas ni mereka2 yang berkenaan terpaksa lah keluar budget lebih sikit...

No comments:

Post a Comment