Tuesday, December 1, 2009

Kisah Korban 1430H

Ahli Korban 1430H anjuran AndakMat2U



Lembu Korban 1430H AndakMat2U

Alhamdulillah tahun ini buat pertama kalinya Keluarga AndakMat2U diberi hidayah dan taufik oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban. Setelah melalui berbagai cabaran bermula dari nak kumpul duit sampailah nak mengagihkan daging korban akhirnya ibadah yang menjadi syiar bagi umat islam ini berjaya juga disempurnakan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang bertungkus lumus menjayakan ibadah korban ini. Semoga pada tahun2 mendatang kita terus berazam untuk melakukan ibadah korban kerana selain dari ianya ibadah sunat yang sangat dituntut, ia juga lambang ketaqwaan kepada Maha Pencipta dan juga menjadi syiar bagi umat islam.

No comments:

Post a Comment