Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Selepas memenuhi undangan walimatulurus ke rumah sedara sebelah mak Andak di Felda Ulu Dengar keluang pada Ahad 27 Nov 2011 maka dalam perjalanan pulang kami semua telah sempat melakukan lawatan ke tempat kerja lama Pak Andak di Sawmill Batu 24 Kahang yang terletak di laluan utama Keluang ke Mersing.

Pak Andak di hadapan opis lamanya yang telah ditinggalkan lebih 30 tahun lampau


Perasaan hiba jelas terpancar di wajah Pak Andak ketika menjejakkan kaki di hadapan opis kilang papan ini yang masih dalam keadaan asalnya. Dibelakang Opis ini terletak sebuah surau (bukan musolla/ruang solat/bilik solat) yang boleh memuatkan kira2 lebih 50 jemaah yang sangat jarang dilihat dimana2 kilang seumpamanya yang kebiasanya hanya ada tok peykong cina!(maaf...gambar surau terlupa nak shot!) Menurut Pak Andak struktur Opis dan Surau ini antara yg masih kekal hingga hari ini. Sayang sekali kami tidak dapat melihat quarters pekerja yg asal kerana telah musnah dalam kebakaran beberapa tahun lepas.


Kilang papan yang masih beroperasi selepas 30 tahun Pak Andak masuk Felda

Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Masjid Kg Seri Lukut Batu 28 Kahang dan pada ketika itu ada seorang tua separuh umur sedang menanti masuk waktu asar. Selepas solat Pak Andak sempat bertemubual dengan warga emas ini dan tanpa disangka2 beliau adalah Pak Tumpang, salah seorang kenalan Pak Andak ketika berkerja dikilang tersebut. Maka berpeluk-peluklah dua warga emas ini dalam keadaan penuh emosi.



Pemandu pelancong (bercermin mata) bergambar bersama Pak Tumpang(berkopiah putih)



Sesi menjamu selera disponsor oleh Pak Andak selepas penat berjalan

Pengajaran dari kisah diatas;
1. Berbuat baik pada Ibubapa dan berusaha untuk memenuhi segala hajat mereka sementara mereka masih hidup.
2.Sentiasa mendoakan keampunan dan rahmat Allah buat mereka.
3.Hubungkan silaturrahim dgn saudara mara dan sahabat2 ibubapa yang telah meninggal dunia

Friday, September 9, 2011

Salam Idulfitr

Dah lama gila tak update blog ni. Padahal bukannya sibuk sangat cuma tak tau apa topik nak dihidangkan. Oleh kerana sekarang ni masih dalam mood raya lagi, so rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Idilfitri 1432H kepada seluruh warga Mat 2U dan sahabat sahabat sekalian. Terlanjur pergi menziarahi sanak saudara pada cuti lebaran minggu lepas sempat jugak kami menziarahi rumah baru abang Apis yang terletak di Segamat. Rumahnya besar dan cantik. Harganya pun boleh tahan. Yang paling penting dekat dengan Masjid. Kepada siapa2 yang ada kelapangan bolehlah singgah kat rumah Abang Apis.

Saturday, August 13, 2011

CUCU TOK ANDAK YANG KE-13
Alhamdulillah, tanggal 10 Ramadhan 1432 (10 Augustus 2011) hari Rabu kurang lebih jam 10.46 malam lahirlah seorang baby girl setelah melewati 36 minggu dalam alam janin. Bayi seberat 2.6 kg dengan ketinggian 45.5 cm adalah adik ke-3 kepada Aydin dan Izmir iaitu anak pasangan Ajim dan Ameelia Tee. Semoga Ramadhan memberi keberkahan kepada semua amin.

Tuesday, April 19, 2011

CINTAKAN DUNIA


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Sunday, February 13, 2011

Cucu Pak Andak yang ke 12!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Tahniah kepada pasangan Dahlia dan Zaidi a.k.a Jai dikurniakan cahaya mata lelaki ke 3 (total anak 3 org) yang lahir di Hospital Kota Tinggi pada 12 Feb 2011 jam 5 pagi (3.5 kg!!!)

Cucu lelaki yang ke 10



Walaupun sakit tapi gembira dgn kehadiran si comel

Tuesday, February 1, 2011

Pembedahan Hidung (Resdung)

Setelah bertahun-tahun menghidap selsema, bersin awal pagi dan kadang2 sesak nafas akhirnya semua persoalan terjawab apabila Hanif Nadzmi disahkan menghidap penyakit resdung yang memerlukan kepada pembedahan untuk membuang sebahagian tisu hidungnya yang menyebabkan saluran pernafasannya menyempit. Kebetulan pada masa yang sama tonsilnya juga bermasalah dan doktor menasihatkan agar pembedahan membuang tonsil yang membengkak juga dilakukan. Pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu Alhamdulillah berjaya dilakukan dengan selamat berkat doa semua pihak. Terima Kasih diucapkan .
Berdebar-debar menanti saat pembedahan

Tolong senyap!!!Pembedahan sedang dijalankan


Inilah hasilnya...sakit dan sedih. Maaf tak dapat menyambut tahun baru cina di Muar.

Friday, January 21, 2011

Selamat Hari Lahir Fatin

Satu majlis ringkas sambutan hari lahir yg ke 6 tahun Fatin Nadhirah bt Mohd Nizam telah diadakan di sebuah restoran tomyam di taman rinting yang hanya dihadiri oleh ibubapa dan adik beradiknya sahaja. Walaupun ringkas , 'murah' dan tanpa hadiah berkotak2....Fatin tetap happy sebab dapat menyambut harijadinya bersama insan2 tersayang....Selamat berumur 6 tahun Fatin...semoga jadi anak yang solehah....amin...

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum,

Masuk gerbang 2011 ini kami ingin mengumumkan ultah ( ulang tahun ) kelahiran kami. So, insyallah kami ingin menjemput makan-makan ( makan lagi....) yang akan diaadakan di Muar. Rumah mana lagi kalau tak di rumah Mak Atok@ Atok Cik. Semua sanak saudara dan warga mat2U dijemput dengan segala hormatnya, Insyallah...








Vroom.... vroom.....














Hai..... I'm Izmir and this is my koko Aydin...







Hallo... Hallooo fren..... Kat mane..?

Saturday, January 1, 2011

Bersyukur dengan nikmat

Masa kecik2 dulu mak bapak kita memang tak mampu nak bawak gi jalan2 tengok negeri orang tapi alhamdulillah diorang berjaya membesarkan kita sampai kita dapat hidup senang. Walaupun makan dan pakai tak mewah macam orang lain tapi berjaya jugak kita ambik SPM dan ada yang dapat gi Universiti dan Kolej. Tapi itu bukan alasan kita tak boleh bawak anak2 pergi beriadah sebab perbezaan zaman masa tu memang mak bapak kita susah. Teringat kata2 Poksu suatu ketika dulu masa dia datang melawat abangnya kat Felda...."kat dapur bawang pun takde!!..." ...terasa susah betul mak bapak kita masa tu...tapi alhamdulillah sekarang dapat jugak anak2 beli rumah , pakai kereta kilat2, makan KFC,Pizza dan macam2 lagi yang agak mustahil pada masa tu. Bak kata Pakcik memetik kata2 seorang ulama besar "shaya anak orang miskin anak shaya anak orang kaya".... So sewajarnya kita mensyukuri nikmat2 yang Allah kurniakan dengan meraikan mak bapak dan anak isteri kita kerana kita sendiri pun tak tau bila Allah nak tarik nikmat2 tersebut kerana disebalik nikmat ada juga ujian dan fitnah....wallahua'lam

Muzium kapal
Beca berhias

Berehat di Hentian Pagoh on the way balik Adela

Wonderland water theme park Melaka

Makan sotong Bakar kat Teluk Cempedak Kuantan

Memanjat Menara Taming sari Melaka

Kajian sejarah Melaka