Wednesday, November 18, 2009

Lokman dan Konvo Tadika Pintar Bistari

Lokman sedang menerima hadiah dari Penyelia Tadika Pintar Bistari

Walaupun hanya dapat no.2 dalam kelas, Papa dan mama tetap akan bagi hadiah istemewa buat Lokman. Selamat tinggal buat kawan2 dan guru2 yang telah mendidik Lokman. Selamat Tinggal Pintar Bistari. SRIT Taman Mawar!!!Tunggu kehadiran Lokman.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Berangkat Mak Unggal




Suasana di rumah Mak Unggal ketika dikunjungi oleh kaum keluarga di Muar yang diketuai oleh Tok De, Mak Long sekeluarga, Pak Ngah sekeluarga, Pok De sekeluarga, Pak Rashid dan Mak Ton seta jiran-jiran.

Monday, November 9, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji Pak Cik, Mak Cik dan Mak Unggal

Blog Andak Mat2U mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Pakcik dan Makcik serta Mak Unggal. Nampaknya termakbul juga doa Pak Cik dan Mak Cik untuk untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pada kesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf di atas segala dosa2 baik yang nampak atau yang tak nampak. Semoga Pak Cik dan Mak Cik selamat pergi dan selamat kembali dan mudah-mudahan dikurniakan dengan haji yang mabrur.

Friday, November 6, 2009

Selamat berumur 6 tahun!!!


Luqmanulhakeem dilahirkan pada 6 hb November 2003 dalam kereta Proton Wira no pendaftaran JDA6412 dalam perjalanan menuju ke Hospital Kota Tinggi tetapi terpaksa bertukar arah ke Hospital Sultanah Aminah,JB kerana dia telah 'terkeluar' lebih awal. Selepas kejadian 'terberanak' itu pemilik kereta iaitu Abg Ajim telah menjual kereta itu. Hmmm gaknya dah kaya raya orang yang beli kereta tu ekkk...

By the way...Kami sekeluarga berdoa Lokman diberi keberkatan umor yang panjang dan menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibubapanya ketika mereka sangat memerlukan.

Thursday, November 5, 2009

Tahniah Buat Muhid dan Aspa!

Kami dari Keluarga Andak Mat2U mengucapkan Tahniah kepada Muhid sekeluarga kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Najwan Rifqi. Marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran ke hadarat Illahi diatas anugerah ini dan berdoa semoga amanah Allah ini kita jaga sebaik mungkin.