Sunday, August 22, 2010

Semoga menjadi anak yang soleh


Hmmm.....Sedapnya bersahur dengan kek

Friday, August 20, 2010

Allah Selamatkan Kamu......


Selamat ulangtahun hari lahir yang ke 40 kepada kakanda Hafiz. Semoga Allah memberi keberkatan umur yang panjang dan sentiasa didalam petunjuk dan hidayahNya kepada kakanda.

Tuesday, August 10, 2010

Keluarga Pak Andak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada seluruh warga Mat2U.....

Sunday, July 25, 2010

Tahniah Syed & Masitah

bayi perempuan seberat 2.87 kg selamat dilahirkan pada pukul 9.19 malam, 24 Julai 2010 di Hospital Sultan Ismail.

Wednesday, July 21, 2010

Terima Kasih

Terima kasih kepada seluruh warga mat2U yang bertungkus lumus membuat persediaan dan memeriahkan majlis aqiqah cucu Tok Andak yang ke 10 Muhammad bin Mohd Nizam pada 18 Julai yang lepas...Juga kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, kueh muih dan wangringgit...sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan hati tuan2 sekalian.
Kepada yang tak dapat hadir...kami memohon jutaan ampun dan maaf dan InsyaAllah sekiranya ada rezeki dan dipanjangkan usia kita akan bersama pada majlis yang lain.

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Aqiqah Muhammad

Dijemput seluruh ahli keluarga mat2U untuk memeriahkan jamuan majlis aqiqah yang akan diadakan pada 17hb Julai 2010 sabtu malam ahad bertempat di rumah ijam di no 22 jln tenteram 3, taman nusa damai, pasir gudang.

Sunday, June 20, 2010

Pak Andak Masak Nasi Beriani Gam

Sempena Hari Bapa, chef nasi beriani Mat2U mengadakan demo memasak nasi beriani gam. Inilah proses terakhir memasak nasi beriani gam oleh Pak Andak.
Selamat Hari Bapa, Abah!!!!


Rebus beras basmathi dalam air yang telah dicampur bahan tumis dan rempah


Sediakan kain di atas periuk yang beisi beriani kambing untuk mengukus nasi/beras yang telah direbus tadi






Tuangkan bahan-bahan penyedap ke atas nasi....


Akhir sekali tampal penutup periuk dengan gam(tepung yang dijadikan doh)


Thursday, April 15, 2010

Re-Union di PD


Saje nak bercerita pasal Re-union dengan Ex sudent Asrama Semai Bakti Kelana Jaya sesi 1990/91....yang diadakan di Sunshine Bay Resort,PD pada 10 dan 11 April 2010. Setelah masing2 menamatkan SPM 19 tahun yang lalu, ini lah re-union pertama yang berjaya mengumpulkan bekas2 pelajar beserta ahli keluarga masing2 walaupun kehadiran peserta tak sampai 30% dari jumlah keseluruhan.
So apa relatednya dengan keluarga Mat2U???Antara yang banyak berjasa sehingga aku jadi bekas pelajar ASBKJ ini ialah Pak Usu@Pokcu sekeluarga yang banyak bagi sumbangan tenaga, masa,wang ringgit dan dorongan untuk aku menempuh cabaran di persekitaran serba baru jauh dari kampung halaman. Selain dari itu Pak Anjang, Pak Ajak, Pokde sekeluarga juga banyak membantu. Biasanya pada hujung minggu Pokcu akan dtg mengambil aku di asrama dan kadang2 aku gi port kat umah bujang Pak Anjang dan Pak ajak.TQ to all of you. Kenangan mengusik jiwa......

Saturday, April 3, 2010

Buat Bonda Tercinta

Bonda...
Alhamdulillah hari ini genap usiamu 61 tahun
Syukur kehadrat Illahi diatas nikmat kesihatan
Nikmat masih diberi nafas dan kudrat tulang empat kerat
Inilah hikmah sentiasa bersyukur dengan nikmat2Nya
Nescaya ditambah nikmat dan keberkatan

Bonda...
Tanpamu...tiadalah kami semua di sini
Tanpa doamu...tiadalah kejayaan kami hari ini
Tanpa kasih sayangmu...jauhlah kami dari rahmat Illahi
Tanpa restumu...hidup ini pasti tak bererti

Bonda...
Janganlah berhenti mendoakan kami...
Janganlah dikurangi kasih sayangmu terhadap kami
Kami sentiasa mengharapkan doa, kasih sayang dan restumu
Agar kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
Yang kelak akan mendoakanmu
Disaat dirimu sangat memerlukan

Bonda...
Bertambah usia kita bermakna semakin singkat tempoh yang diberikan kepada kita
Jadikanlah hari ini sebagai peringatan untuk kita menambah amalan
Juga sebagai hari untuk kita memuhasabah diri diatas nikmat usia yang diberi
Kerana kita tidak pasti apakah kita akan dapat meraikan nikmat usia ini sekali lagi...

Tuesday, March 23, 2010

Sepanjang Minggu

Ijam bergambar bersama ahli2 BN Parit Muhammad batu 5. Banyak isu yang dibincangkan antaranya maklumat terkini tentang kerajaan PR Selangor yang telah disampaikan secara panjang lebar oleh 'orang kuat' team bolasepak Selangor. Juga isu Ulamak terompah dan isu convert tanah kerajaan PR Penang. Sebagai penutup beliau berkata "takde sbb kerajaan BN tak boleh menang dlm PRU13 akan datang!!"
Apis singgah kat rumah Ijam semasa menghantar Pak Andak balik dari jemputan kat rumah parents Mak Anjang. Masa tu Apis ambik cuti seminggu sebab nak buat persiapan kenduri kawin adik iparnya di Parit Jawa. Tayar kereta Wira Apis pun dah botak macam kepala dia sebab banyak sangat buat long distance....

Monday, March 15, 2010

Weekend with Durians


Lokasi : Taman Bunga rumah Mohd Lazim Azhar.

Wednesday, March 3, 2010

My 1st movement!!!







Kisah selanjutnya klik disini

Saturday, February 27, 2010

Hobi Baru Isteriku


Macam-macam warna ada.....

...putih, pink, purple.....

...oren....... lepas ni nak cari warna merah, biru air laut....

Inilah hobi Kak Anom yang baru.... tanam pokok bunga lapan pagi(nama gelaran dari arwah tok mak) tapi ada orang kat Segamat panggil kembang sembilan atau kembang sepuluh.
Nak bela pokok orkid susah sangat sebab selalu kena cabut dengan Ari. Tapi pokok ni paling senang nak ditanam.... yang penting cukup air dan cahaya matahari....

Sunday, January 24, 2010

Lawatan Kelahiran Ajim Junior


Inilah wajah pewaris Mat2U yang ter'latest'. So far belum bagi nama lagi


Antara ahli keluarga yang datang mengunjungi Abg Ajim sekeluarga


Dari kiri: Pak Andak ibni Mat2U, Raja Muda, Tengku Bendahara dan Tengku Mahkota

Friday, January 22, 2010

Terkini!!!

Alhamdulillah...Kak Tee telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.4kg pada pukul 2.40 pagi tadi. Semoga Allah memberkati mereka sekeluarga.

Terkini!!!

Malam tadi Kak Tee (ajim's wife) telah dimasukkan ke Hospital Regency, Seri Alam kerana dijangka akan melahirkan anak mereka yang ke dua. Sehingga saat ini masih belum ada maklumbalas dari mereka. Semoga Allah memberi kemudahan kepad Kak Tee dalam proses melahirkan ini.

Saturday, January 16, 2010

Pindah Rumah


Pagi tadi Pak Andak telah meluangkan masanya untuk menghantar anak bongsunya,Dahlia yang telah berpindah ke Taman Johor Jaya,JB. Penghijrahan ini pastinya memberi kesan mendalam kepada Pak Andak dan Mak Andak kerana sebelum ini Dahlia anak beranak sentiasa berada disisi mereka semenjak Dahlia berkahwin 3 tahun lalu. Disebabkan suaminya Zaidi a.k.a Jai baru saja mendapat kerja di sekitar Johor Jaya maka keputusan untuk berpindah telah dibuat demi masa depan mereka sekeluarga. Kepada Dahlia, selamat menempuh kehidupan berdikari sebenar kerana sebelum ini mak ngan abah banyak berkorban untuk kalian sekeluarga. Kepada Jai terima kasih diucapkan kerana selalu meluangkan masa menjenguk Pak Andak dan Mak andak semasa di Adela. Budi kalian berdua hanya Allah yang mampu membalasnya. Lepas ni sunyi la rumah Pak andak...nasib baik ada ayam ngan kucing buat teman...

Monday, January 4, 2010

Hanif & Lokman in action


Inilah sekolah Hanif dan Lokman...Sek Tahfiz Taman Mawar, Pasir Gudang.


Nampak bersemangat 2 beradik ni...ingat pesan ustaz...niat mesti ikhlas kerana Allah. Semoga berjaya menjadi anak2 yang soleh yang boleh memberi manfaat kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Friday, January 1, 2010

First Day to school


Semalam bermulalah dunia baru bagi Nadhirah apabila secara rasmi melangkah ke alam persekolahan. Beliau nampak begitu excited tanpa ada rasa kekok...sebab 2 abang-abangnya adalah bekas murid sekolah ini. Sebenarnya si nadhirah ni dah agak serasi jugak dengan cikgu2 kat sini so papa ngan mama tak ler risau sangat.

Sepatutnya hari ini kami bercadang nak balik ke Adela menziarahi Tok bah ngan tok mak. Tapi semalam tok bah MELARANG kami balik kerana tok bah ngan tok mak kena sakit mata...kesian diorang...harap2 diorang cepat sembuh dan bersabar dengan ujian ini. Nampaknya tak dapat la cucu2 tokbah nak jumpa ngan atuknya maklumlah minggu depan dah start sesi persekolahan tahun 2010. Insyaallah kalau ada kelapangan dan dipanjangkan umur kami akan balik juga ke Adela.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Datang 1431 Hijriah


AndakMat2u.blogspot.com mengucapkan selamat menempuhi tahun baru 1431H yang pastinya terkandung berbagai ujian dan dugaan yang lebih mencabar berbanding tahun 1430 H yang kita tinggalkan. Disarankan agar kita semua jangan sekadar melepaskan hari2 semalam yang berlalu tanpa kita mengambil iktibar dan menjadi muhasabah khususnya bagi diri sendiri untuk hari2 yang bakal mendatang. Itulah konsep dan roh tahun baru hijrah yang seharusnya difahami oleh setiap individu muslim yang beriman dengan sebenar. Bukan sekadar membaca doa akhir tahun dan awal tahun (klik di sini untuk 'Hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun Hijrah) kemudian masih terus terpesona dengan dunia dan lalai dari tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sebenar. Berazamlah untuk menjadi insan yang lebih baik, semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat dari Allah