Wednesday, November 7, 2012

Utamakan Umat Islam

Assalamualaikum.... Dalam satu kuliah agama yang saya ikuti, tuan guru telah berpesan agar kita mengutamakan kedai-kedai yang dimiliki oleh orang Islam terutama apabila membeli barang-barang runcit ataupun keperluan harian. Dengan membelanjakan pendapatan kita untuk membeli barangan halal daripada perniagaan orang Islam tentulah akan menghilangkan perasaan was-was. Mungkin harga barang-barang dikedai-kedai orang Islam sedikit tinggi daripada kedai-kedai milik bukan Islam sekurang-kurangnya jika peniaga umat Islam itu mendapat keuntungan dan kekayaan ia adalah daripada sumbangan kita umat Islam sendiri. Mungkin berkat daripada rezeki kita yang halal yang kita belanjakan diperniagaan umat Islam, peniaga umat Islam yang berjaya tidak lupa untuk mengeluarkan zakat perniagaan atau dapat mengumpulkan wang untuk mengerjakan haji dan sebagainya. Sekurang-kurangnya amal dan jariah yang dilakukan oleh peniaga umat Islam adalah rantaian daripada rezeki kita. Pastinya kita akan sama-sama mendapat pahala. Mungkin apa yang saya sampaikan tidak setepat seperti apa yang disampaikan oleh tuan guru jika ada kesilapan harap ditegur dan dimaafkan. Wallahua'lam.

Sunday, November 4, 2012

Projek DIY

Selepas beberapa kali "trial & error", berkeping-keping blue print, akhirnya jadi juga projek D.I.Y aku....
Masih belum siap tapi dah tak sabar nak letak display items. Bahan-bahan utama untuk projek D.I.Y. ni adalah dari barang yang hampir nak dibuang. Nanti bila dah siap aku postkan gambar....

Saturday, November 3, 2012

Pantai Tanjung Balau

Pantai Tanjung Balau yang selalu kami kunjungi bila pulang ke Adela....
...anak-anak pun seronok main pasir..... Marilah berkunjung ke pantai Tanjung Balau kemudian boleh singgah rumah Pak Andak.